Friday, November 4, 2011

Our Memories

Really Miss this Moment
We Are The Team
Yeah!!!!! bestnye kalau dapat tido time hujan lebat camni.. =) Exam dah nak dekat tapi aku still takde mood nak study.. bukan malas tapi kurang rajin haha. Ok skarg dah sem 6, ade 1 lagi sem untuk abiskan study kami semua di unisel. 


For this semester macam biaselah aku kaki planning dan yang lain just follow..for this semester our planning go to holiday at Japanese and French hahah gempak kan..=p

At French Side
Asal la smua org senget haha
"Day Just for a Girl Only" Picture kat sebelah kiri time ni kite orang berada dalam kawasan rumah Jepun hehe. Kami pergi bercuti 5 orang jak.. nak pergi ramai-ramai bawalah team sendiri ye.. Otak saya pun dah blur and takde benda nak cite sangat untuk di kongsikan bersama.. Tibe-tibe mati idea plak, slalunye ade je aku nak merepek kat sini huhu. So saya disini just nak share photo jer ngan kamoo semua hahaha. Thanks and see you later Dairy.. =)

Friday, October 21, 2011

Mungkin Itu Adalah Kamu

Hai blog.. lame dah tak buka page ni, sebab busy dengan keje yang melambak, bersawang dah dairy aku ni.. lagipun minggu ni minggu nak fokus study sebab nk final exam dah. Fokusla sangatkan lebih pada main je adalah. Hasrat dihati kunun nak join futsal minggu ni dengan berbekalkan bakat basketball lastly...hahaha (korang pk la sendiri). 

Like Strawberry
Eerrmm..today.. takde ape yang nak di kongsi sangat untuk saat ini. Saje  ingin menulis dan meluahkan apa yang aku rasakan ketika ini buat kamu. Ketahuilah kau bahawa aku langsung tidak pernah peduli apa yang akan berlaku.
 

Untuk setiap apa yang aku katakan dan lakukan, dan aku juga tak pernah gentar walau aku dikatakan PELIK sebab apa yang penting bagi aku ialah orang itu tahu apa yang aku rasakan terhadap dirinya. Itulah perangai aku sejak aku dari dulu.

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepasnya, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, berdirinya kamu disebelahku membuatkan aku semakin percaya pada diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka, jika Tuhan mendapatkannya untukku, aku akan setia kepadanya.."

P/s: aku still turun padang k pagi tadi kul8.30 dah terpacak depan pagar dengan kasut baru.. so event hari ini diganti dengan pergi berkayak hehe (saje berlagak jap)  =p



Sunday, August 21, 2011

Hana Gucci

Weeii..!!!! please la aku tak bolehlah nak hidup lame-lame dengan orang yang aku tak percaya dan tak boleh nak share semua benda.. i needed a new roommate!!! Tapi kadang-kadang mulut aku ni gatal terlepas gak (bukan gatal tapi dah terbiase dan kadang-kadang aku peduli apa) lantak ko la nak sebar kat sape cuma bezanya disini aku lebih berhati-hati dan tak bercerita tentang mana-mana pihak dan hal peribadi. 

Disaat aku menghitung hari untuk tinggal dengan roommate baru sem depan, sambil ditemani oleh Jue disisi.. aku menerima 1 berita yang gembira dari orang yang aku sayang dan rindu iaitu Hana my Gucci. Ok, berita apa yang best sangat tu, aku cite kemudian. Firstly tidak aku nafikan memang aku tentang hubungan ko sekeras-kerasnya bila ko amik keputusan untuk hidup bersama dengan Si Bodoh (ko yang bagi name ni kat dia bukan aku hehe) sebab orang macam dia tidak layak dilayan baik kalau dia mati cepat pon baguslah kesian kat orang-orang disekeliling dia sebab kene tipu hidup-hidup bila nak insaf tu.. 

Apa yang menyebabkan aku marah dan tak suka dia sangat-sangat. 1st bila dapat tahu dia buat kau macam sampah, buang dan ludah kat kau bila dia taknak pastu datang balik jilat ludah dia sendiri dengan muka tak tahu malu dan tak rasa bersalah. 2nd dia buat semua tu depan mata aku dan aku tak dapat nak buat apa-apa sebab time tu hormatkan perasaan kawan aku ni (kalau ikutkan hati aku dah lama aku cari pasal dengan dia hehe). 3rd cara dia layan ko macam ko takde sape-sape kat dunia ni kan..mentang-mentanglah ko lurus macam pembaris tapi dia takde hak untuk buat semua tu kecuali aku (aku memang suka buli ko kadang-kadang tapi tak zalim ok) =p

My Feel
4th aku lagi tak suka dia bila dapat tahu yang Si Bodoh dah kawen tapi mengaku bujang. Ingatkan bila dah kantoi macam tu terus berubah tapi rupanya makin menjadi-jadi, adehh..ciannye anak dan bini dia dapat laki  dan ayah Si Bodoh macam ni, sendiri yang gatal tapi salahkan orang lain yang tak berdosa plak. 5th tak suka aku makin bertambah-tambah bila Si Bodoh ade niat nak ajak ko kawen dengan dia jadi bini no2. Eee..pleasela dia sedar diri ke tidak tu hahaha. "My feeling like a broken heart dear.. when people make you like that"

Laugh with me
Ok, berbalik semula pada berita gembira tadi, I FEEL SO HAPPY when u say "I DO" to be GP girlfriend. Rasa nak melompat-lompat dan belasah je ko time tu (nasib baik ko jauh haha) Berkat kesabaran dan doa aku, akhirnye ko dengar juga cakap aku kan budak nakal hehe. Ok, untuk kali ini jangan risau sebab aku akan sokong ko 100%  untuk perkara yang betul saje ok.. =p tapi kalau dia buat ko nangis jangan lupa bagitau aku awal-awal biar aku marah dia untuk ko hehe. Lagi 1 kalau dia tak jaga kau elok-elok macam aku buat, haa..ko angkat jela kaki awal-awal. 

P/s: Baby girl i don't care what people and you thinking about me when i create story about Si Bodoh. I don't care if you mad me but please don't hate me (raya minta maaf  =p) because aku hanya mahu melihat kau gembira dan tersenyum penuh makna dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dan aku hanya mahu lihat kau hidup bahagia bersama orang yang menghargai kau sebagai perempuan.

Thursday, August 18, 2011

You Mean Everthing To Me

Eeerrmm..dalam sedar tak sedar hampir 4 tahun aku di Unisel. Perjalanan hidup sebagai pelajar hampir tamat dan disaat inilah baru aku sedar siapa orang yang boleh dibuat kawan dan siapa kawan kita sebenarnya. Ok,  orang selalu cakap kawan ketawa itu banyak dan jumlahnya beribu tetapi untuk mencari kawan yang menangis bersama kita itu susah sangat nilainya 1 dalam beribu. 

Oleh itu, HARGAI kawan yang selalu ada untuk kita selagi dia masih ada disisi. Maaf untuk aku katakan bahawa Kau tiada lagi dalam kamus hidup aku dan maaf sebab aku tidak lagi boleh menerima Kau seperti dulu walau ape jua penjelasan dan apa yang kau lakukan semua itu tak bermakna lagi pada aku. Maaf sebab hati aku dah tertutup untuk kau.

Aku sebagai seorang kawan aku sangat percayakan kawan-kawan aku lebih dari 100%, walaupon setiap apa yang kau luahkan itu betul atau tidak aku tetap akan telan semuanya mentah-mentah selagi kau tak buat perangai dan tak tunjukkan siapa diri kau yang sebenar but "u broken my heart friends"

Hati yang terluka umpama besi bengkok, walaupun diketuk tetapi sukar untuk kembali kepada bentuk asalnya -Imam Al-Ghazali-

Orang selalu cakap peluang kedua selalunya ada dalam peluang pertama yang diberikan tetapi untuk Kau sudah lebih dari 4 peluang yang aku berikan dan Kau masih juga begitu dan tidak pernah untuk berubah.  Hanya di mulut saja ucapnya manis tetapi tidak berazam untuk mencapai apa yang diluahkan malah semakin menikam dan menhancurkan hati aku. So mulai pada saat ini "SEPATAH AYAT PUN YANG KELUAR DARI MULUT KAU, AKU TIDAK AKAN PERCAYA WALAUPUN SAAT ITU KAU MENGUCAPKAN SESUATU YANG BENAR".

Manusia itu hidupnya bergantung pada kepercayaan orang. Kerana melalui kepercayaanla manusia rasa dihargai dan dihormati. Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku ignore je orang macam kau.. tetapi kerana sayangnya aku pada Jue, aku ketepikan semua itu buat sementara waktu tanda aku hormatkan Jue. Untuk masa akan datang tak taula macam mana. Yup..memang betul "Nobody's Perfect" tetapi itu bukan alasan dan jawapan untuk semua perbuatan kau. 

Aku sebagai kawan dan anak aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk orang-orang disekeliling aku terutama sekali untuk orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu melihat mereka hancur remuk kerana sikap aku, kerana aku tahu luka itu pedih dan kesannya dalam. Kau bernasib baik sebab disaat kau mahu pergi, niat itu telah dihalang oleh Jue, kalau aku yang berada disitu saat itu, aku adalah orang pertama yang tidak akan halang semua itu malah merelakan kalau itu yang tebaik  untuk kita semua lagipun kau ade otak dan kau sendiri boleh fikir apa yang terbaik untuk diri kau.

Im repair back
Ok untuk Jue, disini nak cite sikit bagi aku kau hebat sebab kau adalah  orang yang pertama yang berjaya menukar fikiran aku. Sebab aku bukanlah jenis yang mudah untuk mengubah semuanya bile aku dah buat sesuatu keputusan, sedangkan Hana dan mak aku pun tak pernah berjaya untuk melembutkan hati aku yang keras ni huhu. 

Penat dak Hana tu cakap macam-macam tapi tak jalan gak, tapi untuk 1 malam yang singkat saja semuanya berhasil untuk Jue. Semua gambar album yang aku dah delete aku restore kembali, kad yang aku telah buang keluar tingkap aku kutip balik, gambar yang telah aku koyakkan aku tampal kembali, dan aku berbaik semula dengan dia. Semua itu aku buat KERANA KEHENDAK JUE bukan kehendak aku. Cuma 1 je yang aku tidak boleh nak restore balik "our memories" semua dalam otak aku, aku dah delete sorry my dear..

Flower for u
Sebenarnya dulu aku tidak percaya bile orang cakap kalau kita sedih dan susah hati terapi pelukan dan meluahkan segalanya adalah ubat paling baik, tapi bila aku mengalaminya sendiri baru aku sedar mungkin inilah sebabnya bagaimana Jue berjaya mengubah segalanya. Thanks for Jueey..sebab hadir dalam hidup aku dan maaf kalau kasih sayang aku dan diri aku sendiri banyak buat ko jadi susah. Maaf andai kehadiran aku ini tidak di ingini oleh diri kau.

P/s: Jueey please don't broken my heart like that sebab aku mengambil masa yang lama untuk pulih. Jangan rosakkan segalanya yang sedia elok diantara kita, jangan hilangkan rasa sayang dan hormat aku pada dirimu. Aku berdoa dan berharap agar aku juga begitu terhadap kau sampai bila-bila seperti mana aku menjaga hubungan aku dan Hana. Aku tidak pernah menyesal untuk setiap apa yang aku luahkan dan apa yang aku lakukan untuk orang yang membawa kebaikan pada aku, mungkin ini adalah cara aku dalam menghargai kamu berdua sebab aku taknak korang hilang dan pergi begitu saja bila habis belajar nanti. Setiap apa yang Allah berikan padaku, aku menerima dan hargainya dengan baik sebelum semua itu hilang.






Thursday, August 11, 2011

Rahmat Allah

Maha Suci Allah, Zat yang mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya. Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang kecuali ianya akan memperindahkan orang tersebut dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang kecuali ianya akan memperburukkan dan menghinakan orang tersebut. 

Kenapa begitu? Jikalau kemampuan kita untuk menyayangi orang lain tercabut, maka itulah punca dari segala bencana kerana kasih sayang Allah hanya akan diberikan kepada orang-orang yang hatinya masih memiliki kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda: "Kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit." -HR At-Tabrani-

Rasulullah saw bersabda: "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti" -HR Muslim-

Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai pancaran sinar matahari di pagi hari. Dari dahulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya dan ia tidak mengharapkan sedikit pun cahaya yang telah terpancar tadi untuk kembali kepada dirinya. Sepatutnya seperti itulah sumber kasih sayang di hati kita, ia benar-benar melimpah terus dan tidak pernah habis walaupon terpisah. 

Gaduh itu biase kerana hidup tidaklah selalunya manis dan disebalik pergaduhan itu menjadikan kasih sayang semakin menebal untuk orang-orang yang mendapat rahmat Allah.

P/s: that's why i told you.. don't asking me and another people "kenapa awak suka dan sayang kite" sebab semua itu rahmat Allah.. =)

Wednesday, August 10, 2011

Awak, Kite Dan Saya

Wan an everybody... maksudnya selamat malam semua. Kelas mandarin haritu aku belajar tentang masa dan number je. Boring and ngantuk sebab kesan ubat yang aku makan subuh tu, tak hilang lagi balik ruma sakit makin teruk. Malam ni nak buat keje malas so sambung kembali penulisan aku yang tak berapa nak penting. Suruh buat asgment tak nak, ade je alasan tapi untuk benda bodoh ni ade plak masa yek huhu. Aku rasa bukan aku saja yang macam ni, orang-orang kat luar tu pon same gak kn3.. 

Insha Allah
Blog ni dah macam dairi bagi aku, ape yang berlaku pasti akan aku  curahkan segalanya disini, suka duka pahit manis masam masin semua ada cuma teruk tak teruk je.. Today errmm..tak tau la nak cakap macam mane. Kelakar ada nak rasa mara pon ada, mane taknya orang yang sepatutnya terasa dengan aku takde plak respon apa-apa tapi sebaliknya plak yang telah berlaku huhu.

Tapi apa-apa pun sorry to my dear, tak mungkin untuk aku melukakan hati orang yang aku sayang walaupon sedikit sebab itu bukan sikapku kerana itu aku terus berdoa agar kau terus terbang dengan gembira bersama aku disisi. Kalau ada sekali pon semua itu secara tak sengaja "nobody perfect" (sebenarnya tadi xdela rasa bersalah sangat sebab aku xrasa pon semua tu salah aku hehe) tapi xpe raya nanti kita sambung minta maaf balik macam petang tadi ye.. =p 
  
Sweet Girl
Errmm..saat ini dan hari sebelumnya satu perkara yang aku sangat pasti bahawa aku sangat rindukan hana. Apa yang sedang dia lakukan sekarang, dimana dia berada saat ini, rindukah dia pada diriku. Of course la tak.. kalau rindu sekali pon belum tentu dia akan mengaku. Errmm.. i hope and i wishing on  a star to follow whenever your are to know that you everything ok. Hancurnya hati bila mengetahui orang yang diharapkan rupanya duri dalam daging. Hana cakap "sabar.. biarkan je orang buat kita, jangan kita buat orang"

Adoii..kadang aku fikir balik dia ni baik sangat ke atau memang takde perasaan. Atau lebih mudah di gelar sebagai pembaris huhu. Tapi xpela nak buat macam mane kan "sabo jela" Bagi rumput goreng special 1!!! khas untuk Jon HAHA (iklan jap). Errmm..seriusla sikit.. ok hadirnya kamu berdua dalam hidup aku  ini membawa 1000 erti yang aku tak boleh nak huraikan macam mane. Kedua-duanya sangat berbeza dari semua aspek, dan setiap apa yang korang tunjukkan buat aku tertarik untuk terus menyayangi both of you.. Cuma korang layan tak terlayan jela perangai aku yang pelik-pelik ni (aku jadi pelik pon sejak jumpa hana sebab perangai dia yang lagi pelik dah berjangkit hehe)

Haiisssyyy...malam-malam ni merepek plak kan xpela sekali sekala apa salahnya, bercakap tentang Awak dan Kite membuatkan aku terlupa tentang kemarahanku terhadap seseorang tu hehe. Bagusnya, ia seperti penawar bagi segala racun yang berada dalam diri aku. "andainya kasih sayang menjadi kerinduan, ianya bagai pohon yang memerlukan pilihan dan kata-kata dari perbuatan" -Zaihasra-

Awak, Kite & Saya
P/s: Untuk kau ULAR SAWA GEMOK!!! kalau buat perangai lagi lepas ni aku sepak je ko terus tanpa budi bicara!!! Kali ni aku maafkan sebab 2 belah sayap aku cakap "be patient" (menci2!!!! sebab tak dapat marah orang haha) Hana, jangan asyik cakap "ade aku kisah" lagi depan aku, karang dengan kau-kau sekali aku belasah HAHAHA!!! (raya minta maaf) =p

Tuesday, August 9, 2011

Ular Yang Berbisa

Jam menunujukkan hampir pukul 6 a.m. Hanya beberapa minit lagi masukkanya waktu subuh. Kejadian malam semalam membuatkan aku berfikir, dengan kesakitan yang menemani tidurku namun kekecewaan lebih tergambar. Mengapa kau harus menjadi racun diantara aku dan 2 belah sayapku, adakah ini yang kau katakan “sayang”. Sungguh halus jarum taringmu sehingga aku tidak sedar yang sayapku selama ini terluka.
 
Sorry untuk aku katakan tapi terimalah hakikatnya bahawa dunia kau dan dunia aku itu berbeza. Pluto dan Zuhal tidak mungkin menjadi adik beradik walaupon mereka berada pada paksi yang sama mengelilingi matahari untuk mendapatkan cahaya. Seronokkah kau melihat perbelahan antara aku dan sayapku semata-mata untuk mencapai apa yang kau inginkan.

"carilah 1000 orang sahabat dalam pergaulan kerana 1000 itu banyak, dan jauhilah permusuhan walaupon seorang kerana seorang itu sudah cukup membawa bahaya kepadamu" -Al-Hakan- 

Weii..manusia milik ALLAH cukup-cukuplah tu, hentikan semua niat murni kau tu. Tidak berjaya segala usaha kau tu untuk hancurkan aku dalam baik kerana ALLAH sentiasa bersamaku. Jangan kacau naga yang sedang tidur nyenyak kalau kau tidak mahu terbakar. Ia memang tidak dapat aku nafikan sayap kiriku masih lemah tidak seperti sayap kananku, walaupon aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh kadang kala ia pincang juga bile ditiup oleh angin yang dibawa oleh kau. Namun aku bersyukur kerana ia masih boleh diperbaiki dengan cara aku sendiri. Orang macam kami Insya Allah tidak akan mudah untuk jatuh ketangan orang macam kamu. 

Tahukah engkau bahawa "hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu" -Maksud Hadis- Haisy..susah betullah kalau ular sawa bercita-cita nak jadi ular tedung. Cubalah jadi orang tu redha saje untuk semua benda. "Aku lebih penting dari kamu" itulah yang sayapku katakan, walaupon ia cukup ringkas namun aku berpuas hati kerana ungkapan itu mempunyai maksud yang mendalam (sebenarnya time tu rasa nak tanye je dia lebih-lebih tapi tak dilayan plak eerrkk..hampeh). Semoga lepas ini sayapku tidak terluka lagi, sembuhlah kau segera bersama waktu yang berlalu agar dapat terbang dengan gembira bersama aku.
 
P/s: You look so cute.. disebalik wajah kerisauan yang kau tunjukkan padaku. Nak bagitau semalam tapi terlupa (bukan terlupa sebenarnya tapi tak sempat sebab kena halau balik dah hehe) budak ni sangat garang meyh.. I will be there whenever you need me.. =)









Sunday, August 7, 2011

Jueey And Me

Meeting at LT
Pada 5 ramadhan yang indah, pada petang yang nyaman, pada suasana yang redup di tiup angin.. pada satu suara yang sangat aku kenali dan pasti, ia milik Jueey Wann yang sedang bernyanyi-nyanyi kecil lagu dari Ungu "Percaya Padaku" dari jauh lalu masuk ke bilik.. Seperti hatinya sangat gembira selepas menerima something dari aku pagi tu.. Harap ianya benar seperti ape yang aku lihat di wajahnya yang tersenyum penuh makna..

Sesuatu yang kami kongsikan, hanya aku dan dirimu semoga itu dapat menjaga persahabatan kita sampai bila-bila. Cabry, kad dan surat sesuatu yang menjadi milikmu dan ianya datang dari tanganku.. "you are the most beautiful flower.. in my garden of friendship, remain the same forever dear.." P/s: Tolong simpan semua benda tu dengan baik ye awak.. =) 

Miss this Moment
Mengikut pepatah orang putih dulu-dulu, tapi masih diamalkan sehingga sekarang..ada mengatakan coklat tandanya sayang, rose putih melambangkan hati yang suci dan murni, kad simbol keikhlasan dan penghargaan. Romentik kan tapi setakat ni aku banyak bagi kad n coklat jela.. rose putih tunggu konvo  or maybe for surprise day hehe. Haisy..cakap pasal konvo sedihla plak tibe-tibe hehe. 

Biasela kan bile konvo sudah mari, tu maknanya semua sudah tamat but i wish for my God everthing does not end here. Errmm...satu perkara yang sangat pelik, setiap kali aku nak borak berdua dengan Jueey, mesti ade je yang call bila dia dengan Carey takde plak orang nak call.. Adoi..nape dengki sangat korang semua huhu. Errmm... idea pun takde dah nak teruskan taip, hujan-hujan dan bersendirian  di bilik layan tido lagi best.. Bye.

P/s: walaupon semalam rasa terabai bukan sikit tapi banyak haha, sebab Jueey sebok bergayut sampai kul4 pagi. Pastu dia lupe perbincangan dia ngan aku so merajuk jap makan hati sorang-sorang tapi hati ini rasa terubat sikit sebab malam tadi dia tido dengan aku hehe.. (pandai plak dia ambil hatikan)  =p "miss u always dear"

Friday, August 5, 2011

Letter From Carey

Aaarrgghhhh!!!!! kul bape dah ni.. lambatnya masa berjalan bile duk kat ostel ni.. Time ni la aku rasa bape pentingnya kelas petang hahaha poyo je kan. Sekarang kul 3 petang, dari tadi aku ke hulu hilir pusing-pusing kat dalam rumah, rasa macam dah lame sangat rupanya makan masa 5 minit je, errmm..stress tol nak berbuka pun lambat lagi, sabo jela.

Ooohhh..baru aku teringat nak sambung balik penulisan aku semalam. Wei ko watpe tu? tulis suratlah wat ape lagi.. untuk sape? untuk Carey la sape lagi. Watpe tulis surat untuk dia, cakap jela kan senang. Eeuuww..suka hati akulah, dah dia yang nak so aku buat jela ok. Dah-dah p jauh-jauh sana don't disturb hilang segala konsentrasi aku. Errmm..macam sengal kan sendiri tanya sendiri jawab balik haha, blog aku suka ati akulah so what..!!!

tahun bila pic ni
Ok, surat yang aku berikan pada Carey dah berbalas. Pada subuh hari aku tulis surat tu dan pada hari yang sama juga dia balas balik. Excited bebenor kome yek.. biaselah kawe mane boleh kalah ngan teman ye tak hehe. Carey cakap jangan baca surat tu selagi dia belom balik Saujana tapi Zai cakap baca surat tu bila dia masuk ke rumah kedua dia (toilet) haha. The location she wrote my letter at belakang bilik Jue atau dalam kata lain sebelah kandang rabbit.

Cuba korang pikir balik, macam hina je tempat tu kan patotla bau najis surat aku hahaha sorry Carey.. tapi kalau kau marah pon peduli ape aku. Bila dapat surat tu, ermm..cam biase senyum dulu walaupon tak tau ape isi kan tapi bila start baca awal-awal lagi tulis dah salah rasa nak koyak je. Pasal ape nak mara, pasal dia silap tulis..

Weii!!!! asal ko asik salah tulis nama aku haa!!! dari sem 1 sampai sekarang masih fail lagi.. keji punya orang. Dah nak abis study, nama aku still tak boleh ingat. Nama aku Siti Nur Zahrah bukan Siti Zaharah. Siti Zaharah tu sape, makcik jual aiskrim sebelah rumah ko ke HAHAHA!!!! Oleh sebab dalam surat ko minta maaf so aku pertimbangkan hal ni. Macam biase dia memang suka buat lawak even dalam surat pon, dia buat perkara yang sama. Adoi..nak pecah perut aku gelak sorang-sorang, kalau pergi x-ray agak-agak boleh nampak urat kentut aku putus huhu.

P/s: Ermm..walaupon ape yang berlaku aku terima jela sebab nak wat macam mane kan dah memang roommate kita macam ni, semoga kau redha bersama aku Carey itu semua ketentuan Allah hehe. Euuuww!!!! Yaakkkss!!! tibe-tibe jadi baik lah plak sekejap haha. Bye





Tuesday, June 14, 2011

Aku Benci 100 Plus

Adoyai..tensionnye hidup aku ni bile tengok orang merata-rata minum 100 plus. Dia orang tak tau ke aku benci gler tengok angka 100, aku jumpa angka tu dalam buku anak buah aku pon aku terus koyakkan (benci separuh mati)  HAHAHA!!!!! Mulai hari ini aku tak nak beli lagi 100 plus. 

Gara-gara 100 plus la laptop aku rosak dan berendam air, sekarang nak main game pon xde feel smua jadi warna kelabu "menci3!!!!!" Budus punye botol, aku tutup punyalah ketat gler tapi boleh terbuka gak ceyh, nampak no barang Malaysia tak berkualiti, laptop aku juga yang menerima padah huhuhu.

Memang lahanat r.. ko 100 plus, dah la duit takde tengah sengkek ni, nak bajet lagi.. laptop plak bermasalah. Adehh.. pedihnye hidup bile tengok lappy tersayang sedang sakit teruk. Aku pikir nak betulkan balik tapi kawan-kawan cakap mahal baik beli baru je. 

Aku rasa beli baru lagilah mahal tol x, lagi pun rasa tak sanggup nak jual coz banyak berjasa dah lappy ni huhu. Weii!!!! company 100 plus korang seharusnye bertanggungjawab keatas segala onar yang telah dibuat keji!!!!!

Sunday, June 12, 2011

Tips Berkawan

Orang cakap kawan tu penting tanpa kawan hidup pasti bosan. Kawan adalah tempat untuk bercerita dan berkongsi masalah so pandai-pandailah pilih kawan jangan sampai tersalah pilih. Sekiranya korang semua dapat kawan jenis macam yang aku nak cerita ni so better korang pegi dulu sebelum korang terkena. Ok jenis-jenis KAWAN yang wajib DI TINGGALKAN:

1. Banyak cakap pandai complain orang je itu ini tapi sendiri macam sampah.
2. Suka bergaduh untuk perkara-perkara kecik yang tak penting dan terasa tak tentu pasal.
3. Suka menasihatkan orang tapi bile dinasihatkan balik taknak terima kenyataan (memberontak).
4. Minta tolong banyak alasan, kan lebih mudah cakap je "aku xnak tolong ko sbb xsuka ko"
5. Layan orang lain ikut suka hati mood dia.
6. Suka berpura-pura baik macam cencorot.
7. Suka bercerita tentang diri sendiri sampai tak bagi orang lain peluang untuk bercerita tentang diri dia.
8.Tak pernah nak menyokong bile korang mengadu masalah atau pendapat.
9. Suka memaksa dan berkawan sekadar nak menggunakan. 
10. Cari dan ingat kat korang bile dia rasa bosan dan time susah.
11. Berkira dan merungut untuk semua benda yang dia buat untuk korang.

Kalau korang ade terjumpa orang macam ni bile berkawan, so paham2 sendiri la ye.. bangsa2 macam ni memang tak guna di wat kawan. Bukan setakat berkawan je, nak jadikan dia bibik kat ruma korang pon better pikir baik2 r.. hehe. Wat masa ini itu saja yang dapat dikongsi untuk semua, renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^

P/s: sesiapa yang xberkenaan tak perlulah SEBOKKAN diri korang nak terasa ngan aku ok.. just for sharing.

Thursday, June 9, 2011

My Ambition

Hai semua.. malam2 ni boring plak rasenye, tak tau che nak wat gapo nak study pon exam dah lame habis. Gedik tol, time exam hari tu xmau study sekarang sebok nak pengang buku (ske hati aku r..) hehe. Keje oh keje.. aku pikir ingat nak keje cuti sem ni tapi cuti pon tak sampai sebulan so cam ade plak kn orang nak amik aku ni utk menyemakkan kedai dia orang tu.. kuikuikui. So aku amik keputusan lepak jela kat ruma doa banyak-banyak dan tengok kebun durian.

Cita-cita sem ni nak target 3 pointer atau lebih sedap si panggil sebagai 4 rata ( 4 flat) haha tapi cam biaselah usaha xdelah lebih sangat berangan je yg lebih (adeh pedik kot). Pastu target keje nak beli Nikon D90 and then nak beli kete plak. So ngan camera n kete bolehlah merayap puas2 p melancong sana sini pusing 1 Malaya bersama kawan-kawan and p oversea ngan Azahary hoho. Ada duit lebih bawa mak abah sekali.

Pastu nak sempurnakan niat di hati nak p wat haji ngan mak, aku harap dan berdoa mak abah panjang umur agar boleh p wat haji lagi untuk kali ke2. Sambil-sambil 2 cuba capai niat kami sekeluarga untuk buka restaurant sendiri di Melaka. Bile dah kaya sikit nak wat rumah besar  pula cam mak dan ada swimming pool. Pic kat atas tu adalah ruma idaman aku, cewah.. hahaha semoga termakbul hendaknye. AMIN..


Friday, May 20, 2011

Oh Blok E5

"Pada suatu malam yang nyaman selepas hujan yang lebat.. sedang aku duk melepak sorang2 di dalam bilik layan blues sambil tidurkan diri,  tibe-tibe satu suara datang dari tingkap panggil zai~~ zai~~" 

Ooppss..try pelahan kan radio skit, adakah aku salah dgr or memang betul2 dikacau han.. Bila di fikirkan balik, aku sekarang berada di tingkat 3, sorang-sorang dalam ruma plak tu.. adalah mustahil ade orang yg boleh panjat dan masih aktif pada kul 3 pagi. Paling mustahil adalah orang boleh kenal aku, macamlah aku  ni femes sangat kan3.. agak-agak r..

Woowoo.. berderau kot darah, memang celaka r.. kan.. cam dah xde keje lain plak nak wat. Ok korang tau ape aku fikir nak wat time 2.. 1st aku fikir nak lari je dari situ p tumpang tido ruma jiran sebelah, walaupon dia xkenal aku so peduli ape aku. 2. diwatnye rumah sebelah 2 pon kosong yang ajak aku masuk 2 pon hantu xke pengsan ke nanti aku, biaselah kan hari minggu mane ade orang semua balik kot aku je yg xbalik so xpe relax2 dlu pikir jalan lain plak.

3. mara je benda 2 sambil cakap "aku xkacau ko so jgn kaxau aku" tapi kalau cakap camtu tibe2 dia sahut ok, wooo..lagi bahaye kot xpasal2 dia muncul depan tingkap tu.. 4. fikir balik hantu ni agk berani r..kacau aku sedangkan aku buka ayat quran kuat kot mmg sengaja cari pasal meyh..

Last sekali fikir punye fikir akhirnye aku tertido sendiri dalam ketakutan sampai la ke pagi, keesokkan pagi bile semua orang balik aku cite la pengalaman ni kat dia orang semua, ape yg aku dapat ialah "berani gler ko zai, hebat kamu" hehe aku mampu tersenyum (sengal korang) dia orang xtau time 2, hanye Allah je yang tau ape aku rasa.. gigil lutut ooiiittt!!!! Pasni xde mknenye aku nak duk sorang2 lagi, setiap hari minggu WAJIB balik johor wlaupon sekejap huhu.

Friday, May 6, 2011

Happy Mother Day's

2 May 1988 that's my birthday so maknenye dalam masa yang sama dekatlah "Happy Mother Day" untuk mak aku hanya mampu berdoa agar dia sentiasa tersenyum selalu, panjang umur dan sihat sejahtera. bagi aku hadiah paling baik yang aku nk bagi ialah menjadi anak yang lebih solehah and i want she proud of me.. 

Eerrmm..mak semakin hari semakin tue begitu juga dengan aku, part tu.. mmg xleh watpe lah, coz lumrah alam karang kalau sentiase muda je.. orang kata ada "saka" plak kn..hohoho.  Kadang kala aku still rase sedih coz kite xtau kan bape lame lagi dia dapat hidup kat dunia ni.. Apa-apa pun aku berdoa dan berharap agar mak selalu kuat untuk menghadapi dugaan ALLAH terutama sekali dalam hal menjaga abah yang sakit.. I LOVE U SO MUCH MAMA!!!! MUAAHHH!!! ^_^  

P/s: for all my sibling nk sambut mother day pastikan tunggu aku balik ok.. to my big bro jgn lupa hadiah aku ko dah janji hehe.. Inilah pic mak aku bersama dia punya cinta.. Apasal mak aku senyum senget yek time ni.. seganla tu kot hehe.. =p

Monday, May 2, 2011

Happy Birthday To Me

Eeerrmm..bulan May dah datang so tahun ni genaplah usia aku 23 tahun. Bertambah tua la aku kan, bile nak kawen ni hahaha..(gatal). Semester kali ni adalah semester 5, so ade setahun lagi untuk  aku habiskan degree aku bersama kawan2 tersayang Jueey Wan, Ana Carey dan Sue.  P/s: korang bertiga terutama Jue n Carey jangan gaduh2 selalu coz aku tak suke wat pilihan nak pujuk siapa dulu.. =p

Ok we continue.. pas study kite p keje and then baru pikir kawen. Nak ajak Azahary kawen dalam umur 26 or 27 inshallah.. 2 pun kalau time tu dia nak n ada duit r.. kalau banyak sangat kerenah , aku culik dia ajak kawen pakse so time tu.. dia akan terpakse redha jela kn3..HAHAHA (bongok).

Lastly thanks for Azahary because you still stay with me until right now.. Happy 3rd anniversary for us and happy birthday to you too.. Cam biase 1st aku akan sambut Bithday ngan family dulu and then at second time with this guy's yg tak hensem ni..hahah and lastly with my friends.. 


Kali ni dapt hadiah ape plak yek huhu, kalau dia  bagi aku benda xbest dia jela yang gune so aku claim lain (memilih plak ikt ske dia r.. nk bgi ape pon duit dia bukan duit aku) hahaha. K la semua makin lame merepek dah aku malam2 ni.. nite ZzzzZZzzz!!!!!

Sunday, April 17, 2011

Without You

17 April registration for new sem. Semester kali aku dah tak serumah ngan Hana lagi coz dia dah habis study.. sekarang tengah pratikal kat IPC Kuala Lumpur. Terasa agak sunyi dan sepi dalam hati sebab dia selalu ada disisi bila aku balik hostel.. tapi untuk kali ini tidak. Walaupon tiap pagi dia suke bising dan pakse semua orang mandi namun aku tak pernah makan hati untuk tentang semua tu, apa yang penting dia ada depan mata aku. 

Selama 3 tahun lebih kami berkawan, begitu banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Hanya aku dan dia saja yang ketahui "Our Memories Like a Black Rose Blooming Wild" (tu pun kalau dia ingat lgi r.. coz dia cepat lupa) menci.. menci =(

Baru-baru ni ade jumpe dia kat PWTC tengok pameran buku ngan Umie. Apa yang aku nampak Hana dan Umie makin tembab cam kuih apam heheh. So kat sanelah kite orang semua lepaskan rindu jap sambil lepak-lepak dan menyemakkan diri tapi buku tak beli pon huhu. 


Macam biase aku memang suka membuli dan dia adalah mangsa buli. Aku telah pakse dia jalan laju-laju kat sane walaupon aku tahu dia penat n bawa semua brg..saje buat jahat kat anak orang "padan muke ko" hahaha. Akhirnya setelah kami semua kepenatan, aku n Hana bermalam di rumah kakak ku di Sri Damansara. By the way I MISS BOTH OF U SO MUCH.. ^__^

Saturday, March 12, 2011

Nick Dave *O Children*

Aku suke gler lagu ni.. nak tau music dia cmne p tgk sendiri kat youtube.com huahua!!!!!! I just give u lyric to song together..


Pass me that lovely little gun
My dear, my darting one
The cleaners are coming, one by one
You don't even want to let them start

They are knocking now upon your door
They measure the room, they know the score
They're mopping up the butcher's floor
Of your broken little hearts

O children

Forgive us now for what we've done
It started out as a bit of fun
Here, take these before we run away
The keys to the gulag

O children
Lift up your voice, lift up your voice
Children
Rejoice, rejoice

Here comes Frank and poor old Jim
They're gathering round with all my friends
We're older now, the light is dim
And you are only just beginning

O children

We have the answer to all your fears
It's short, it's simple, it's crystal dear
It's round about, it's somewhere here
Lost amongst our winnings

O children
Lift up your voice, lift up your voice
Children
Rejoice, rejoice

The cleaners have done their job on you
They're hip to it, man, they're in the groove
They've hosed you down, you're good as new
They're lining up to inspect you

O children


Poor old Jim's white as a ghost

He's found the answer that was lost
We're all weeping now, weeping because
There ain't nothing we can do to protect you

O children

Lift up your voice, lift up your voice
Children
Rejoice, rejoice

Hey little train! We are all jumping on

The train that goes to the Kingdom
We're happy, Ma, we're having fun
And the train ain't even left the station

Hey, little train! Wait for me!

I once was blind but now
I see Have you left a seat for me?
Is that such a stretch of the imagination?

Hey little train! Wait for me!

I was held in chains but now I'm free
I'm hanging in there, don't you see
In this process of elimination

Hey little train! We are all jumping on

The train that goes to the Kingdom
We're happy, Ma, we're having fun
It's beyond my wildest expectation

Hey little train! We are all jumping on

The train that goes to the Kingdom
We're happy, Ma, we're having fun
And the train ain't even left the station

Monday, February 14, 2011

Dugaan Mu

Petang kelihatannya nyaman, di temani cuaca mendung dan siulan burung gagak yang sengau. Angin yang bertiup sekali sekala telah menyelerakkan rambutku. Lalu aku ambil keputusan untuk turun ke bawah blok untuk menikmati udara segar, nyaman sungguh saat itu.. 

Melihat gelagat manusia di sekelilingku dgn gelak ketawa yg cukup indah dan meriah, namun bagiku hanya mampu tersenyum melihat mereka semua kerana hatiku masih di penuhi masalah.

"Berikan hatimu yang baik kepada manusia nescaya akan dihancurkannya, tetapi berikan hatimu yang hancur kepada ALLAH nescaya akan di sembuhkannya" -Syair Arab-  

Apa yang mampu aku lakukan ketika ini hanyalah berdoa, harap ibuku di kampung terus bersabar dengan apa yang berlaku pada kami sekeluarga. Di hening subuh aku menerima panggilan dari mak yang sedang menangis, terasa sebak dari lubuk kecil hatiku namun aku tidak mampu untuk pulang terus ke Johor ketika ini kerana aku di penuhi asgment dan final exam yg semakin hampir.  

Namun aku redha untuk semua itu, dan aku berharap ada hikmah dari sebalik kejadian itu. Semoga masalah ini berakhir dengan cepat.. YA ALLAH...

Wednesday, February 9, 2011

Thanks Friends

Hari ni seperti biase je.. xde benda yang menarik sangat. Orang-orang di sekeliling ku amatlah membosankan.. mereka seperti langau yang bertebangan bersama angin. Di hiasi dengan perangai yang xsenonoh, ade yg berlagak bagus dan lebih menyakitkan bile ade orang kacau hidup aku. 

Ya ALLAH semoga 3 tahun ni berakhir dengan cepat, agar aku boleh pegi jauh dari sini bersama kenangan yang aku xperlukan. "WHAT THE HELL U" itulah ayat paling bagus yang pernah aku dpat dari seorang teman yang bernama KAWAN RAPAT pada arini. Bagus kan.. perangai secantik rupa "sarkastik"

Semalam aku jumpa sorang lagi sampah..  yang ni perangai cam  b**i suka memalukan aku di depan kawan aku yang lain, sedangkan aku dah bagi warning ari dulu tapi sebab dia b**ikan so dia xpaham bahasa melayu. Suke2 dia je..tengking aku. Aku cakap baik2 tapi ko jawab camtu.. ingat aku ni adik dia r.. walaupon dia mintak maaf kat aku jangan harap aku nak terima. Sekali dua wat cmni blh r.. aku terima lagi, tapi kali ni dah lebih so xde maaf wat orang sampah macam ko. 

Aku amik keputusan, orang cam dia ni xde guna kite membazir air liur untuk bergaduh coz xde effect.. sbb cam ape yg aku cakap tadi dia b**i dia xpaham bhase. So buang masa je kite membebel ngan sampah.. Aku tau lah aku pon xdela baik sangat, atleast perangai aku xdela seteruk cam dia ok. Semoga ko bahagia bersama doaku.

Tuesday, February 8, 2011

Oh Crisis Management

"Jalan menuju kebahagiaan itu tidak ditaburi bunga mawar yang harum melainkan penuh onak dan duri" -william shakespeave- 

Minggu lepas baru je antar asgment crisis, ingtkan lepas antar bolehlah relax2 jap.. rupa-rupanye asgment kami 1 klas kene reject lagi wat kali ke3. Inilah kali pertama aku jumpe orang macam tu. Apa punya gler la, lect 2.. ada ke patot dia suruh kami wat asgment ikut format student Ph.d sedangkan kite orang ni budak degree. 

Nak kite orang wat keje secara sempurna sedangkan dia xtau ke xde bnda yang sempurna kat dunia ni kecuali ALLAH. Tersalah eja nama ayah dia pon jadi isu besar nak potong hampir separuh markah sedangkan ayah dia xkesah pon.. nasib baiklah dia bukan mak aku, kalau x.. ermm..xlarat nak layan orang macam 2.. 

Ape pon kami antar juga asgment 2.. coz dah xde masa nk betulkan lagi, dengan class dan asgment lain yang melambak2. Lantak dia la.. dia nak wat ape ngan asgment 2.. asalkan ati dia puas, aku dah xtau nak wat ape lagi untuk puaskan ati dia.. 2 la suruh kawen xnak haha. Semoga asgment aku ok dan ko bhagia dengan hasil keje kami..  Dan aku hanya mampu untuk terus berdoa. Amin..

Saturday, January 29, 2011

Dia Anna Carey

"Hidup di dunia ini laksana lautan yg jarang tenang. Airnya beriak, berombak dan bergelombang. Pada laut ada susah dalam senang, ada senang dalam susah" -Hamka-. Eerrmm..camnilah ibaratnye hidup aku skarang.. hanya mampu berserah pada ALLAH ape akan jadi lepas ni. Lame dah xbuka blog ni..akibat dari kesebokkan hidup yg melampau.. rindu pulak rasanye, setiap hari hanye pikirkan asgment yg xsiap2..

21st Jan, ari2 beday roomate aku si Anna Carey, so pada mlm tu kite org pakat ramai2 kenekan dia kt court. Susah tol nak pujuk dia balik unisel malam 2.. macam2 alasan aku wat tapi xjalan gak.. akhirnye dia tewas juga di tangan Jue. Ape entah yang dak Jue ayat kat dia.. sampai dia cair gak akhirnye, congratulation Jueey. So tepat kul12 mlm kami pon berlakonla.. kononnye wat meeting utk asgment group so bile dia tgh leka bagi pendapat.. kite org pon ape lagi simbah dia ngan air yg bercampur tepung. Hahaha teruk tol muke dia malam tu.. tpi sorry xle nak tunjuk pic coz semua free hair time 2. Kite org belikan dia kek tiramitshu dari Secret
Recipe, tua dah ko yek Carey hehe.. sorry coz lie u.. =)

Dekat 3 minggu aku pikir, ape nak bagi kat minah ni.. agar dia boleh ingat aku selalu bile dah abis blajar nanti. So pikir punye pikir akhirnye aku tertido hahaha penat kot. Finally aku amik keputusan untuk buat kad n bagi bunga ni kt dia. i hope u like it.. =)

Saturday, January 22, 2011

Idea Di Tengah Malam

Ni sajak terbaru dri aku utk para pembaca mlm ni. Tgk blh, bca pon blh.. xnk bca pon xpa na..amk ja pic Kak Sal xmara.. mampuih!! ni ayt Lect aku hahaha. Hasil keje tgn di waktu boring, tunjk bakat jap hihi.

Kau tersenyum aku terpaku,
Cahaya di wajahmu hanyalah untukku,
Sinaran matamu menusuk di kalbu,
Tak mungkin kau melupakanku sebegini pengalaman,
Lalu hati pun berkata segalanya untukmu.
Satu hari nanti pasti akan temui,
Tabahkanlah hati jangan lupakan ilahi,
Akan tiba bahagia tak mungkin sendiri,
Terurai dalam lagu berkumandang,
Di buai dalam mimipi KAU yang KU SAYANG.

dont ciplak na..

Wednesday, January 19, 2011

Juling Mata Dah

Selamat petang semua, target aku sem ni nk bli Nikon D90 plak.. ari2 aku dah berjaya beli Sony Cyber-Shot W310. Pic sony mmg cantik gler smpai wat aku "i love u la" hehe tpi kasihku telah beralih arah ble nampk D90.

So aku telah share money ngn adik aku tersayang dak Nany dgn syarat "jgn smpai kantoi ngn mak"..HAHAHA (gelk jahat) Tapi cam xjdi je.. Eerrmm..just waiting for a time tuk aku angkut menatang ni.. inshallah dalam tahun ni..  kalau xde halangan, huahua!!! (gler) =))
 
Nikon D90
















Tuesday, January 18, 2011

FB Sengal+Senget

Setelah sekian lama aku duk diam2 dlm blik.. akhirnye tergerak arini nk bka FB mklumla dh lme xbka.. hampir bersawang coz penuh dgn comment dri peminat yg xbape aku nk minat haha (prasan jap).. dan dgn tibe2 aku telh mendapt 1 berita bruk iaitu FB dengan "BAIK HATINYA" (topik utama)  telh menukr profile aku dgn sendrinya.. dia ckp semuanya PRIVATE!! so what wrong with you FB. 

Nape dia blh tukar layout fb aku ikt ske atie dia je.. ade ke mak bapak aku suruh wat ha.. KEJI!!! ape dia org xtau ke, yg profile bru 2
BURUK SGT2.. mmg ptotla klau FB ni nak tutp akaun dia 1 dunia pda buln 3 ni, menyakitkan ati je.. Oiitt!!! FB, aku nak profile lme aku r.. give me back!!! kucing aku dok mare mu tau tok.. (asl tbe2 aku ckp klantan ni) pulok dh..(pelik jap) hahaha. I HATE FB SO MUCH!!!! DAMN!!!
 

Saturday, January 15, 2011

Buah Hatiku

Ya..inilah generasi ke3 keluarga Hji Mohad. Buah hatiku di kala sepi dan happy. 2 beradik ni akulah yang jaga, esok kalau dah tue2 korang lupe kt aku.. time 2..aku kejar korang 1 dunia wlaupon dh tue still hebat woo..haha. Boring2 ari minggu aku chaw p Damansara jmpe anak buah aku ni. Cam biaselah klau aku xbuli dia org so aku yg akn kne buli. Setakat ni cme ada 2 org je.. coz dlm fmily aku bru sorg je yg dh kwen yg lain bujang lgi.. Nurfahima Syakirah & Ahmad Rushaidi Amrsyar hope be a good person. Comel2 cam makcik dia jg huhu (ske atila nk pji dri sendri)

Third Generation

Thursday, January 13, 2011

My Birthday

First nak ucap thanks so much kt bdk ruma aku coz dia org celebrate beday aku thun lpas. Walaupon kami xdela kenal sgt time 2.. n xbpe nak rapt coz 1st sem ngn mereka tpi dia org sudi wat surprise party tuk aku mlm 2.. wawawa (touching jap) sedgkan org yg aku knl lme di UNiSEL sgt rapat dan syg gler r.. kt dia.. tpi xpnh pon dia wat cmni.. Just wish je.. 2 semua org blh wat kn2.. bkn nak touching tpi ble pkir blik.. utk roomath dia, blh plak dia sush pyah bli kek yek.. ish2..masyarakat.. so pikrlah org yg mne 1 kte ptot hargai.. dan rse dia adalh kwn yg bgus.. time ni dia org keji skit coz letk lilin lbih2 plak.. aku muda lgi r..wei!! HAHAHA thanks korg..


ni kek aku time 2.. hakhak nampk sedapkan..