Friday, November 4, 2011

Our Memories

Really Miss this Moment
We Are The Team
Yeah!!!!! bestnye kalau dapat tido time hujan lebat camni.. =) Exam dah nak dekat tapi aku still takde mood nak study.. bukan malas tapi kurang rajin haha. Ok skarg dah sem 6, ade 1 lagi sem untuk abiskan study kami semua di unisel. 


For this semester macam biaselah aku kaki planning dan yang lain just follow..for this semester our planning go to holiday at Japanese and French hahah gempak kan..=p

At French Side
Asal la smua org senget haha
"Day Just for a Girl Only" Picture kat sebelah kiri time ni kite orang berada dalam kawasan rumah Jepun hehe. Kami pergi bercuti 5 orang jak.. nak pergi ramai-ramai bawalah team sendiri ye.. Otak saya pun dah blur and takde benda nak cite sangat untuk di kongsikan bersama.. Tibe-tibe mati idea plak, slalunye ade je aku nak merepek kat sini huhu. So saya disini just nak share photo jer ngan kamoo semua hahaha. Thanks and see you later Dairy.. =)

Friday, October 21, 2011

Mungkin Itu Adalah Kamu

Hai blog.. lame dah tak buka page ni, sebab busy dengan keje yang melambak, bersawang dah dairy aku ni.. lagipun minggu ni minggu nak fokus study sebab nk final exam dah. Fokusla sangatkan lebih pada main je adalah. Hasrat dihati kunun nak join futsal minggu ni dengan berbekalkan bakat basketball lastly...hahaha (korang pk la sendiri). 

Like Strawberry
Eerrmm..today.. takde ape yang nak di kongsi sangat untuk saat ini. Saje  ingin menulis dan meluahkan apa yang aku rasakan ketika ini buat kamu. Ketahuilah kau bahawa aku langsung tidak pernah peduli apa yang akan berlaku.
 

Untuk setiap apa yang aku katakan dan lakukan, dan aku juga tak pernah gentar walau aku dikatakan PELIK sebab apa yang penting bagi aku ialah orang itu tahu apa yang aku rasakan terhadap dirinya. Itulah perangai aku sejak aku dari dulu.

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepasnya, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, berdirinya kamu disebelahku membuatkan aku semakin percaya pada diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka, jika Tuhan mendapatkannya untukku, aku akan setia kepadanya.."

P/s: aku still turun padang k pagi tadi kul8.30 dah terpacak depan pagar dengan kasut baru.. so event hari ini diganti dengan pergi berkayak hehe (saje berlagak jap)  =p



Sunday, August 21, 2011

Hana Gucci

Weeii..!!!! please la aku tak bolehlah nak hidup lame-lame dengan orang yang aku tak percaya dan tak boleh nak share semua benda.. i needed a new roommate!!! Tapi kadang-kadang mulut aku ni gatal terlepas gak (bukan gatal tapi dah terbiase dan kadang-kadang aku peduli apa) lantak ko la nak sebar kat sape cuma bezanya disini aku lebih berhati-hati dan tak bercerita tentang mana-mana pihak dan hal peribadi. 

Disaat aku menghitung hari untuk tinggal dengan roommate baru sem depan, sambil ditemani oleh Jue disisi.. aku menerima 1 berita yang gembira dari orang yang aku sayang dan rindu iaitu Hana my Gucci. Ok, berita apa yang best sangat tu, aku cite kemudian. Firstly tidak aku nafikan memang aku tentang hubungan ko sekeras-kerasnya bila ko amik keputusan untuk hidup bersama dengan Si Bodoh (ko yang bagi name ni kat dia bukan aku hehe) sebab orang macam dia tidak layak dilayan baik kalau dia mati cepat pon baguslah kesian kat orang-orang disekeliling dia sebab kene tipu hidup-hidup bila nak insaf tu.. 

Apa yang menyebabkan aku marah dan tak suka dia sangat-sangat. 1st bila dapat tahu dia buat kau macam sampah, buang dan ludah kat kau bila dia taknak pastu datang balik jilat ludah dia sendiri dengan muka tak tahu malu dan tak rasa bersalah. 2nd dia buat semua tu depan mata aku dan aku tak dapat nak buat apa-apa sebab time tu hormatkan perasaan kawan aku ni (kalau ikutkan hati aku dah lama aku cari pasal dengan dia hehe). 3rd cara dia layan ko macam ko takde sape-sape kat dunia ni kan..mentang-mentanglah ko lurus macam pembaris tapi dia takde hak untuk buat semua tu kecuali aku (aku memang suka buli ko kadang-kadang tapi tak zalim ok) =p

My Feel
4th aku lagi tak suka dia bila dapat tahu yang Si Bodoh dah kawen tapi mengaku bujang. Ingatkan bila dah kantoi macam tu terus berubah tapi rupanya makin menjadi-jadi, adehh..ciannye anak dan bini dia dapat laki  dan ayah Si Bodoh macam ni, sendiri yang gatal tapi salahkan orang lain yang tak berdosa plak. 5th tak suka aku makin bertambah-tambah bila Si Bodoh ade niat nak ajak ko kawen dengan dia jadi bini no2. Eee..pleasela dia sedar diri ke tidak tu hahaha. "My feeling like a broken heart dear.. when people make you like that"

Laugh with me
Ok, berbalik semula pada berita gembira tadi, I FEEL SO HAPPY when u say "I DO" to be GP girlfriend. Rasa nak melompat-lompat dan belasah je ko time tu (nasib baik ko jauh haha) Berkat kesabaran dan doa aku, akhirnye ko dengar juga cakap aku kan budak nakal hehe. Ok, untuk kali ini jangan risau sebab aku akan sokong ko 100%  untuk perkara yang betul saje ok.. =p tapi kalau dia buat ko nangis jangan lupa bagitau aku awal-awal biar aku marah dia untuk ko hehe. Lagi 1 kalau dia tak jaga kau elok-elok macam aku buat, haa..ko angkat jela kaki awal-awal. 

P/s: Baby girl i don't care what people and you thinking about me when i create story about Si Bodoh. I don't care if you mad me but please don't hate me (raya minta maaf  =p) because aku hanya mahu melihat kau gembira dan tersenyum penuh makna dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dan aku hanya mahu lihat kau hidup bahagia bersama orang yang menghargai kau sebagai perempuan.

Thursday, August 18, 2011

You Mean Everthing To Me

Eeerrmm..dalam sedar tak sedar hampir 4 tahun aku di Unisel. Perjalanan hidup sebagai pelajar hampir tamat dan disaat inilah baru aku sedar siapa orang yang boleh dibuat kawan dan siapa kawan kita sebenarnya. Ok,  orang selalu cakap kawan ketawa itu banyak dan jumlahnya beribu tetapi untuk mencari kawan yang menangis bersama kita itu susah sangat nilainya 1 dalam beribu. 

Oleh itu, HARGAI kawan yang selalu ada untuk kita selagi dia masih ada disisi. Maaf untuk aku katakan bahawa Kau tiada lagi dalam kamus hidup aku dan maaf sebab aku tidak lagi boleh menerima Kau seperti dulu walau ape jua penjelasan dan apa yang kau lakukan semua itu tak bermakna lagi pada aku. Maaf sebab hati aku dah tertutup untuk kau.

Aku sebagai seorang kawan aku sangat percayakan kawan-kawan aku lebih dari 100%, walaupon setiap apa yang kau luahkan itu betul atau tidak aku tetap akan telan semuanya mentah-mentah selagi kau tak buat perangai dan tak tunjukkan siapa diri kau yang sebenar but "u broken my heart friends"

Hati yang terluka umpama besi bengkok, walaupun diketuk tetapi sukar untuk kembali kepada bentuk asalnya -Imam Al-Ghazali-

Orang selalu cakap peluang kedua selalunya ada dalam peluang pertama yang diberikan tetapi untuk Kau sudah lebih dari 4 peluang yang aku berikan dan Kau masih juga begitu dan tidak pernah untuk berubah.  Hanya di mulut saja ucapnya manis tetapi tidak berazam untuk mencapai apa yang diluahkan malah semakin menikam dan menhancurkan hati aku. So mulai pada saat ini "SEPATAH AYAT PUN YANG KELUAR DARI MULUT KAU, AKU TIDAK AKAN PERCAYA WALAUPUN SAAT ITU KAU MENGUCAPKAN SESUATU YANG BENAR".

Manusia itu hidupnya bergantung pada kepercayaan orang. Kerana melalui kepercayaanla manusia rasa dihargai dan dihormati. Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku ignore je orang macam kau.. tetapi kerana sayangnya aku pada Jue, aku ketepikan semua itu buat sementara waktu tanda aku hormatkan Jue. Untuk masa akan datang tak taula macam mana. Yup..memang betul "Nobody's Perfect" tetapi itu bukan alasan dan jawapan untuk semua perbuatan kau. 

Aku sebagai kawan dan anak aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk orang-orang disekeliling aku terutama sekali untuk orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu melihat mereka hancur remuk kerana sikap aku, kerana aku tahu luka itu pedih dan kesannya dalam. Kau bernasib baik sebab disaat kau mahu pergi, niat itu telah dihalang oleh Jue, kalau aku yang berada disitu saat itu, aku adalah orang pertama yang tidak akan halang semua itu malah merelakan kalau itu yang tebaik  untuk kita semua lagipun kau ade otak dan kau sendiri boleh fikir apa yang terbaik untuk diri kau.

Im repair back
Ok untuk Jue, disini nak cite sikit bagi aku kau hebat sebab kau adalah  orang yang pertama yang berjaya menukar fikiran aku. Sebab aku bukanlah jenis yang mudah untuk mengubah semuanya bile aku dah buat sesuatu keputusan, sedangkan Hana dan mak aku pun tak pernah berjaya untuk melembutkan hati aku yang keras ni huhu. 

Penat dak Hana tu cakap macam-macam tapi tak jalan gak, tapi untuk 1 malam yang singkat saja semuanya berhasil untuk Jue. Semua gambar album yang aku dah delete aku restore kembali, kad yang aku telah buang keluar tingkap aku kutip balik, gambar yang telah aku koyakkan aku tampal kembali, dan aku berbaik semula dengan dia. Semua itu aku buat KERANA KEHENDAK JUE bukan kehendak aku. Cuma 1 je yang aku tidak boleh nak restore balik "our memories" semua dalam otak aku, aku dah delete sorry my dear..

Flower for u
Sebenarnya dulu aku tidak percaya bile orang cakap kalau kita sedih dan susah hati terapi pelukan dan meluahkan segalanya adalah ubat paling baik, tapi bila aku mengalaminya sendiri baru aku sedar mungkin inilah sebabnya bagaimana Jue berjaya mengubah segalanya. Thanks for Jueey..sebab hadir dalam hidup aku dan maaf kalau kasih sayang aku dan diri aku sendiri banyak buat ko jadi susah. Maaf andai kehadiran aku ini tidak di ingini oleh diri kau.

P/s: Jueey please don't broken my heart like that sebab aku mengambil masa yang lama untuk pulih. Jangan rosakkan segalanya yang sedia elok diantara kita, jangan hilangkan rasa sayang dan hormat aku pada dirimu. Aku berdoa dan berharap agar aku juga begitu terhadap kau sampai bila-bila seperti mana aku menjaga hubungan aku dan Hana. Aku tidak pernah menyesal untuk setiap apa yang aku luahkan dan apa yang aku lakukan untuk orang yang membawa kebaikan pada aku, mungkin ini adalah cara aku dalam menghargai kamu berdua sebab aku taknak korang hilang dan pergi begitu saja bila habis belajar nanti. Setiap apa yang Allah berikan padaku, aku menerima dan hargainya dengan baik sebelum semua itu hilang.






Thursday, August 11, 2011

Rahmat Allah

Maha Suci Allah, Zat yang mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhlukNya. Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang kecuali ianya akan memperindahkan orang tersebut dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang kecuali ianya akan memperburukkan dan menghinakan orang tersebut. 

Kenapa begitu? Jikalau kemampuan kita untuk menyayangi orang lain tercabut, maka itulah punca dari segala bencana kerana kasih sayang Allah hanya akan diberikan kepada orang-orang yang hatinya masih memiliki kasih sayang.

Rasulullah SAW bersabda: "Kasihanilah siapa yang di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh siapa yang di langit." -HR At-Tabrani-

Rasulullah saw bersabda: "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayangNya pada hari kiamat nanti" -HR Muslim-

Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai pancaran sinar matahari di pagi hari. Dari dahulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya dan ia tidak mengharapkan sedikit pun cahaya yang telah terpancar tadi untuk kembali kepada dirinya. Sepatutnya seperti itulah sumber kasih sayang di hati kita, ia benar-benar melimpah terus dan tidak pernah habis walaupon terpisah. 

Gaduh itu biase kerana hidup tidaklah selalunya manis dan disebalik pergaduhan itu menjadikan kasih sayang semakin menebal untuk orang-orang yang mendapat rahmat Allah.

P/s: that's why i told you.. don't asking me and another people "kenapa awak suka dan sayang kite" sebab semua itu rahmat Allah.. =)

Wednesday, August 10, 2011

Awak, Kite Dan Saya

Wan an everybody... maksudnya selamat malam semua. Kelas mandarin haritu aku belajar tentang masa dan number je. Boring and ngantuk sebab kesan ubat yang aku makan subuh tu, tak hilang lagi balik ruma sakit makin teruk. Malam ni nak buat keje malas so sambung kembali penulisan aku yang tak berapa nak penting. Suruh buat asgment tak nak, ade je alasan tapi untuk benda bodoh ni ade plak masa yek huhu. Aku rasa bukan aku saja yang macam ni, orang-orang kat luar tu pon same gak kn3.. 

Insha Allah
Blog ni dah macam dairi bagi aku, ape yang berlaku pasti akan aku  curahkan segalanya disini, suka duka pahit manis masam masin semua ada cuma teruk tak teruk je.. Today errmm..tak tau la nak cakap macam mane. Kelakar ada nak rasa mara pon ada, mane taknya orang yang sepatutnya terasa dengan aku takde plak respon apa-apa tapi sebaliknya plak yang telah berlaku huhu.

Tapi apa-apa pun sorry to my dear, tak mungkin untuk aku melukakan hati orang yang aku sayang walaupon sedikit sebab itu bukan sikapku kerana itu aku terus berdoa agar kau terus terbang dengan gembira bersama aku disisi. Kalau ada sekali pon semua itu secara tak sengaja "nobody perfect" (sebenarnya tadi xdela rasa bersalah sangat sebab aku xrasa pon semua tu salah aku hehe) tapi xpe raya nanti kita sambung minta maaf balik macam petang tadi ye.. =p 
  
Sweet Girl
Errmm..saat ini dan hari sebelumnya satu perkara yang aku sangat pasti bahawa aku sangat rindukan hana. Apa yang sedang dia lakukan sekarang, dimana dia berada saat ini, rindukah dia pada diriku. Of course la tak.. kalau rindu sekali pon belum tentu dia akan mengaku. Errmm.. i hope and i wishing on  a star to follow whenever your are to know that you everything ok. Hancurnya hati bila mengetahui orang yang diharapkan rupanya duri dalam daging. Hana cakap "sabar.. biarkan je orang buat kita, jangan kita buat orang"

Adoii..kadang aku fikir balik dia ni baik sangat ke atau memang takde perasaan. Atau lebih mudah di gelar sebagai pembaris huhu. Tapi xpela nak buat macam mane kan "sabo jela" Bagi rumput goreng special 1!!! khas untuk Jon HAHA (iklan jap). Errmm..seriusla sikit.. ok hadirnya kamu berdua dalam hidup aku  ini membawa 1000 erti yang aku tak boleh nak huraikan macam mane. Kedua-duanya sangat berbeza dari semua aspek, dan setiap apa yang korang tunjukkan buat aku tertarik untuk terus menyayangi both of you.. Cuma korang layan tak terlayan jela perangai aku yang pelik-pelik ni (aku jadi pelik pon sejak jumpa hana sebab perangai dia yang lagi pelik dah berjangkit hehe)

Haiisssyyy...malam-malam ni merepek plak kan xpela sekali sekala apa salahnya, bercakap tentang Awak dan Kite membuatkan aku terlupa tentang kemarahanku terhadap seseorang tu hehe. Bagusnya, ia seperti penawar bagi segala racun yang berada dalam diri aku. "andainya kasih sayang menjadi kerinduan, ianya bagai pohon yang memerlukan pilihan dan kata-kata dari perbuatan" -Zaihasra-

Awak, Kite & Saya
P/s: Untuk kau ULAR SAWA GEMOK!!! kalau buat perangai lagi lepas ni aku sepak je ko terus tanpa budi bicara!!! Kali ni aku maafkan sebab 2 belah sayap aku cakap "be patient" (menci2!!!! sebab tak dapat marah orang haha) Hana, jangan asyik cakap "ade aku kisah" lagi depan aku, karang dengan kau-kau sekali aku belasah HAHAHA!!! (raya minta maaf) =p

Tuesday, August 9, 2011

Ular Yang Berbisa

Jam menunujukkan hampir pukul 6 a.m. Hanya beberapa minit lagi masukkanya waktu subuh. Kejadian malam semalam membuatkan aku berfikir, dengan kesakitan yang menemani tidurku namun kekecewaan lebih tergambar. Mengapa kau harus menjadi racun diantara aku dan 2 belah sayapku, adakah ini yang kau katakan “sayang”. Sungguh halus jarum taringmu sehingga aku tidak sedar yang sayapku selama ini terluka.
 
Sorry untuk aku katakan tapi terimalah hakikatnya bahawa dunia kau dan dunia aku itu berbeza. Pluto dan Zuhal tidak mungkin menjadi adik beradik walaupon mereka berada pada paksi yang sama mengelilingi matahari untuk mendapatkan cahaya. Seronokkah kau melihat perbelahan antara aku dan sayapku semata-mata untuk mencapai apa yang kau inginkan.

"carilah 1000 orang sahabat dalam pergaulan kerana 1000 itu banyak, dan jauhilah permusuhan walaupon seorang kerana seorang itu sudah cukup membawa bahaya kepadamu" -Al-Hakan- 

Weii..manusia milik ALLAH cukup-cukuplah tu, hentikan semua niat murni kau tu. Tidak berjaya segala usaha kau tu untuk hancurkan aku dalam baik kerana ALLAH sentiasa bersamaku. Jangan kacau naga yang sedang tidur nyenyak kalau kau tidak mahu terbakar. Ia memang tidak dapat aku nafikan sayap kiriku masih lemah tidak seperti sayap kananku, walaupon aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh kadang kala ia pincang juga bile ditiup oleh angin yang dibawa oleh kau. Namun aku bersyukur kerana ia masih boleh diperbaiki dengan cara aku sendiri. Orang macam kami Insya Allah tidak akan mudah untuk jatuh ketangan orang macam kamu. 

Tahukah engkau bahawa "hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu" -Maksud Hadis- Haisy..susah betullah kalau ular sawa bercita-cita nak jadi ular tedung. Cubalah jadi orang tu redha saje untuk semua benda. "Aku lebih penting dari kamu" itulah yang sayapku katakan, walaupon ia cukup ringkas namun aku berpuas hati kerana ungkapan itu mempunyai maksud yang mendalam (sebenarnya time tu rasa nak tanye je dia lebih-lebih tapi tak dilayan plak eerrkk..hampeh). Semoga lepas ini sayapku tidak terluka lagi, sembuhlah kau segera bersama waktu yang berlalu agar dapat terbang dengan gembira bersama aku.
 
P/s: You look so cute.. disebalik wajah kerisauan yang kau tunjukkan padaku. Nak bagitau semalam tapi terlupa (bukan terlupa sebenarnya tapi tak sempat sebab kena halau balik dah hehe) budak ni sangat garang meyh.. I will be there whenever you need me.. =)