Tuesday, August 9, 2011

Ular Yang Berbisa

Jam menunujukkan hampir pukul 6 a.m. Hanya beberapa minit lagi masukkanya waktu subuh. Kejadian malam semalam membuatkan aku berfikir, dengan kesakitan yang menemani tidurku namun kekecewaan lebih tergambar. Mengapa kau harus menjadi racun diantara aku dan 2 belah sayapku, adakah ini yang kau katakan “sayang”. Sungguh halus jarum taringmu sehingga aku tidak sedar yang sayapku selama ini terluka.
 
Sorry untuk aku katakan tapi terimalah hakikatnya bahawa dunia kau dan dunia aku itu berbeza. Pluto dan Zuhal tidak mungkin menjadi adik beradik walaupon mereka berada pada paksi yang sama mengelilingi matahari untuk mendapatkan cahaya. Seronokkah kau melihat perbelahan antara aku dan sayapku semata-mata untuk mencapai apa yang kau inginkan.

"carilah 1000 orang sahabat dalam pergaulan kerana 1000 itu banyak, dan jauhilah permusuhan walaupon seorang kerana seorang itu sudah cukup membawa bahaya kepadamu" -Al-Hakan- 

Weii..manusia milik ALLAH cukup-cukuplah tu, hentikan semua niat murni kau tu. Tidak berjaya segala usaha kau tu untuk hancurkan aku dalam baik kerana ALLAH sentiasa bersamaku. Jangan kacau naga yang sedang tidur nyenyak kalau kau tidak mahu terbakar. Ia memang tidak dapat aku nafikan sayap kiriku masih lemah tidak seperti sayap kananku, walaupon aku menjaganya seperti menatang minyak yang penuh kadang kala ia pincang juga bile ditiup oleh angin yang dibawa oleh kau. Namun aku bersyukur kerana ia masih boleh diperbaiki dengan cara aku sendiri. Orang macam kami Insya Allah tidak akan mudah untuk jatuh ketangan orang macam kamu. 

Tahukah engkau bahawa "hasut itu memakan kebaikan seperti api memakan kayu" -Maksud Hadis- Haisy..susah betullah kalau ular sawa bercita-cita nak jadi ular tedung. Cubalah jadi orang tu redha saje untuk semua benda. "Aku lebih penting dari kamu" itulah yang sayapku katakan, walaupon ia cukup ringkas namun aku berpuas hati kerana ungkapan itu mempunyai maksud yang mendalam (sebenarnya time tu rasa nak tanye je dia lebih-lebih tapi tak dilayan plak eerrkk..hampeh). Semoga lepas ini sayapku tidak terluka lagi, sembuhlah kau segera bersama waktu yang berlalu agar dapat terbang dengan gembira bersama aku.
 
P/s: You look so cute.. disebalik wajah kerisauan yang kau tunjukkan padaku. Nak bagitau semalam tapi terlupa (bukan terlupa sebenarnya tapi tak sempat sebab kena halau balik dah hehe) budak ni sangat garang meyh.. I will be there whenever you need me.. =)









No comments:

Post a Comment