Sunday, June 12, 2011

Tips Berkawan

Orang cakap kawan tu penting tanpa kawan hidup pasti bosan. Kawan adalah tempat untuk bercerita dan berkongsi masalah so pandai-pandailah pilih kawan jangan sampai tersalah pilih. Sekiranya korang semua dapat kawan jenis macam yang aku nak cerita ni so better korang pegi dulu sebelum korang terkena. Ok jenis-jenis KAWAN yang wajib DI TINGGALKAN:

1. Banyak cakap pandai complain orang je itu ini tapi sendiri macam sampah.
2. Suka bergaduh untuk perkara-perkara kecik yang tak penting dan terasa tak tentu pasal.
3. Suka menasihatkan orang tapi bile dinasihatkan balik taknak terima kenyataan (memberontak).
4. Minta tolong banyak alasan, kan lebih mudah cakap je "aku xnak tolong ko sbb xsuka ko"
5. Layan orang lain ikut suka hati mood dia.
6. Suka berpura-pura baik macam cencorot.
7. Suka bercerita tentang diri sendiri sampai tak bagi orang lain peluang untuk bercerita tentang diri dia.
8.Tak pernah nak menyokong bile korang mengadu masalah atau pendapat.
9. Suka memaksa dan berkawan sekadar nak menggunakan. 
10. Cari dan ingat kat korang bile dia rasa bosan dan time susah.
11. Berkira dan merungut untuk semua benda yang dia buat untuk korang.

Kalau korang ade terjumpa orang macam ni bile berkawan, so paham2 sendiri la ye.. bangsa2 macam ni memang tak guna di wat kawan. Bukan setakat berkawan je, nak jadikan dia bibik kat ruma korang pon better pikir baik2 r.. hehe. Wat masa ini itu saja yang dapat dikongsi untuk semua, renung-renungkan dan selamat beramal.. ^_^

P/s: sesiapa yang xberkenaan tak perlulah SEBOKKAN diri korang nak terasa ngan aku ok.. just for sharing.

No comments:

Post a Comment