Sunday, August 7, 2011

Jueey And Me

Meeting at LT
Pada 5 ramadhan yang indah, pada petang yang nyaman, pada suasana yang redup di tiup angin.. pada satu suara yang sangat aku kenali dan pasti, ia milik Jueey Wann yang sedang bernyanyi-nyanyi kecil lagu dari Ungu "Percaya Padaku" dari jauh lalu masuk ke bilik.. Seperti hatinya sangat gembira selepas menerima something dari aku pagi tu.. Harap ianya benar seperti ape yang aku lihat di wajahnya yang tersenyum penuh makna..

Sesuatu yang kami kongsikan, hanya aku dan dirimu semoga itu dapat menjaga persahabatan kita sampai bila-bila. Cabry, kad dan surat sesuatu yang menjadi milikmu dan ianya datang dari tanganku.. "you are the most beautiful flower.. in my garden of friendship, remain the same forever dear.." P/s: Tolong simpan semua benda tu dengan baik ye awak.. =) 

Miss this Moment
Mengikut pepatah orang putih dulu-dulu, tapi masih diamalkan sehingga sekarang..ada mengatakan coklat tandanya sayang, rose putih melambangkan hati yang suci dan murni, kad simbol keikhlasan dan penghargaan. Romentik kan tapi setakat ni aku banyak bagi kad n coklat jela.. rose putih tunggu konvo  or maybe for surprise day hehe. Haisy..cakap pasal konvo sedihla plak tibe-tibe hehe. 

Biasela kan bile konvo sudah mari, tu maknanya semua sudah tamat but i wish for my God everthing does not end here. Errmm...satu perkara yang sangat pelik, setiap kali aku nak borak berdua dengan Jueey, mesti ade je yang call bila dia dengan Carey takde plak orang nak call.. Adoi..nape dengki sangat korang semua huhu. Errmm... idea pun takde dah nak teruskan taip, hujan-hujan dan bersendirian  di bilik layan tido lagi best.. Bye.

P/s: walaupon semalam rasa terabai bukan sikit tapi banyak haha, sebab Jueey sebok bergayut sampai kul4 pagi. Pastu dia lupe perbincangan dia ngan aku so merajuk jap makan hati sorang-sorang tapi hati ini rasa terubat sikit sebab malam tadi dia tido dengan aku hehe.. (pandai plak dia ambil hatikan)  =p "miss u always dear"

No comments:

Post a Comment