Thursday, August 18, 2011

You Mean Everthing To Me

Eeerrmm..dalam sedar tak sedar hampir 4 tahun aku di Unisel. Perjalanan hidup sebagai pelajar hampir tamat dan disaat inilah baru aku sedar siapa orang yang boleh dibuat kawan dan siapa kawan kita sebenarnya. Ok,  orang selalu cakap kawan ketawa itu banyak dan jumlahnya beribu tetapi untuk mencari kawan yang menangis bersama kita itu susah sangat nilainya 1 dalam beribu. 

Oleh itu, HARGAI kawan yang selalu ada untuk kita selagi dia masih ada disisi. Maaf untuk aku katakan bahawa Kau tiada lagi dalam kamus hidup aku dan maaf sebab aku tidak lagi boleh menerima Kau seperti dulu walau ape jua penjelasan dan apa yang kau lakukan semua itu tak bermakna lagi pada aku. Maaf sebab hati aku dah tertutup untuk kau.

Aku sebagai seorang kawan aku sangat percayakan kawan-kawan aku lebih dari 100%, walaupon setiap apa yang kau luahkan itu betul atau tidak aku tetap akan telan semuanya mentah-mentah selagi kau tak buat perangai dan tak tunjukkan siapa diri kau yang sebenar but "u broken my heart friends"

Hati yang terluka umpama besi bengkok, walaupun diketuk tetapi sukar untuk kembali kepada bentuk asalnya -Imam Al-Ghazali-

Orang selalu cakap peluang kedua selalunya ada dalam peluang pertama yang diberikan tetapi untuk Kau sudah lebih dari 4 peluang yang aku berikan dan Kau masih juga begitu dan tidak pernah untuk berubah.  Hanya di mulut saja ucapnya manis tetapi tidak berazam untuk mencapai apa yang diluahkan malah semakin menikam dan menhancurkan hati aku. So mulai pada saat ini "SEPATAH AYAT PUN YANG KELUAR DARI MULUT KAU, AKU TIDAK AKAN PERCAYA WALAUPUN SAAT ITU KAU MENGUCAPKAN SESUATU YANG BENAR".

Manusia itu hidupnya bergantung pada kepercayaan orang. Kerana melalui kepercayaanla manusia rasa dihargai dan dihormati. Kalau ikutkan hati aku, memang dah lama aku ignore je orang macam kau.. tetapi kerana sayangnya aku pada Jue, aku ketepikan semua itu buat sementara waktu tanda aku hormatkan Jue. Untuk masa akan datang tak taula macam mana. Yup..memang betul "Nobody's Perfect" tetapi itu bukan alasan dan jawapan untuk semua perbuatan kau. 

Aku sebagai kawan dan anak aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk orang-orang disekeliling aku terutama sekali untuk orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu melihat mereka hancur remuk kerana sikap aku, kerana aku tahu luka itu pedih dan kesannya dalam. Kau bernasib baik sebab disaat kau mahu pergi, niat itu telah dihalang oleh Jue, kalau aku yang berada disitu saat itu, aku adalah orang pertama yang tidak akan halang semua itu malah merelakan kalau itu yang tebaik  untuk kita semua lagipun kau ade otak dan kau sendiri boleh fikir apa yang terbaik untuk diri kau.

Im repair back
Ok untuk Jue, disini nak cite sikit bagi aku kau hebat sebab kau adalah  orang yang pertama yang berjaya menukar fikiran aku. Sebab aku bukanlah jenis yang mudah untuk mengubah semuanya bile aku dah buat sesuatu keputusan, sedangkan Hana dan mak aku pun tak pernah berjaya untuk melembutkan hati aku yang keras ni huhu. 

Penat dak Hana tu cakap macam-macam tapi tak jalan gak, tapi untuk 1 malam yang singkat saja semuanya berhasil untuk Jue. Semua gambar album yang aku dah delete aku restore kembali, kad yang aku telah buang keluar tingkap aku kutip balik, gambar yang telah aku koyakkan aku tampal kembali, dan aku berbaik semula dengan dia. Semua itu aku buat KERANA KEHENDAK JUE bukan kehendak aku. Cuma 1 je yang aku tidak boleh nak restore balik "our memories" semua dalam otak aku, aku dah delete sorry my dear..

Flower for u
Sebenarnya dulu aku tidak percaya bile orang cakap kalau kita sedih dan susah hati terapi pelukan dan meluahkan segalanya adalah ubat paling baik, tapi bila aku mengalaminya sendiri baru aku sedar mungkin inilah sebabnya bagaimana Jue berjaya mengubah segalanya. Thanks for Jueey..sebab hadir dalam hidup aku dan maaf kalau kasih sayang aku dan diri aku sendiri banyak buat ko jadi susah. Maaf andai kehadiran aku ini tidak di ingini oleh diri kau.

P/s: Jueey please don't broken my heart like that sebab aku mengambil masa yang lama untuk pulih. Jangan rosakkan segalanya yang sedia elok diantara kita, jangan hilangkan rasa sayang dan hormat aku pada dirimu. Aku berdoa dan berharap agar aku juga begitu terhadap kau sampai bila-bila seperti mana aku menjaga hubungan aku dan Hana. Aku tidak pernah menyesal untuk setiap apa yang aku luahkan dan apa yang aku lakukan untuk orang yang membawa kebaikan pada aku, mungkin ini adalah cara aku dalam menghargai kamu berdua sebab aku taknak korang hilang dan pergi begitu saja bila habis belajar nanti. Setiap apa yang Allah berikan padaku, aku menerima dan hargainya dengan baik sebelum semua itu hilang.






No comments:

Post a Comment