Friday, October 21, 2011

Mungkin Itu Adalah Kamu

Hai blog.. lame dah tak buka page ni, sebab busy dengan keje yang melambak, bersawang dah dairy aku ni.. lagipun minggu ni minggu nak fokus study sebab nk final exam dah. Fokusla sangatkan lebih pada main je adalah. Hasrat dihati kunun nak join futsal minggu ni dengan berbekalkan bakat basketball lastly...hahaha (korang pk la sendiri). 

Like Strawberry
Eerrmm..today.. takde ape yang nak di kongsi sangat untuk saat ini. Saje  ingin menulis dan meluahkan apa yang aku rasakan ketika ini buat kamu. Ketahuilah kau bahawa aku langsung tidak pernah peduli apa yang akan berlaku.
 

Untuk setiap apa yang aku katakan dan lakukan, dan aku juga tak pernah gentar walau aku dikatakan PELIK sebab apa yang penting bagi aku ialah orang itu tahu apa yang aku rasakan terhadap dirinya. Itulah perangai aku sejak aku dari dulu.

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepasnya, ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, berdirinya kamu disebelahku membuatkan aku semakin percaya pada diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka, jika Tuhan mendapatkannya untukku, aku akan setia kepadanya.."

P/s: aku still turun padang k pagi tadi kul8.30 dah terpacak depan pagar dengan kasut baru.. so event hari ini diganti dengan pergi berkayak hehe (saje berlagak jap)  =p